Tuesday 10 November 2015

PENGURUSAN DAN PERANCANGAN HARTA ( PEMBELIAN KERETA DAN RUMAH )



PENGURUSAN DAN PERANCANGAN HARTA

PEMBELIAN KERETA DAN RUMAH

KERETA

Memiliki kereta bukannya sesuatu yang murah , sebelum membuat keputusan membeli kereta, pastikan anda mampu menyelenggarakannya. Selain bayaran ansuran bulanan, bakal pembeli kereta perlulah memikirkan  perkara-perkara berikut iaitu  Petrol, Tol, Kos Penyelenggaraan, Cukai Jalan dan Insuran/takaful.

Jika kita mampu membayar ansuran kereta setiap bulan  RM500 hingga RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta. Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000. Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000.  Dengan jumlah RM20,000 tersebut ianya boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya.

Faedah membeli kereta secara tunai

Pembeli kenderaan sudah pasti  tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta. Selain itu beli kereta tanpa deposit  ia bermakna  hutang lebih banyak yang akan ditanggung oleh pembeli kenderaan tersebut. Oleh itu sekiranya bakal pembeli kenderaan jika ingin membeli kereta yang agak tinggi harganya. Tip untuk mengurangkan tanggungan hutang kereta iaitu dengan menyimpan selama setahun dan gunakannya sebagai deposit.


Contoh perancangan membeli kenderaan:

Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleh dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000

Ini adalah kerana agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.

Kesilapan orang ramai  apabila membeli kenderaan iaitu : 

1. Hanya fikirkan ansuran bulanan dan tidak mengambilkira kos-kos lain yang terlibat
2. Beli kereta baru atau kereta terpakai?
3. Memilih kereta yang salah
4. Zero downpayment atau downpayment yang rendah


PELABURAN HARTANAH ATAU PEMBELIAN RUMAH

Sebelum memulakan sebarang rancangan untuk membuat pelaburan, anda perlu terlebih dahulu:

  1. menilai kedudukan kewangan anda.
  2. menentukan berapa banyak yang anda boleh ketepikan untuk membuat pelaburan iaitu sebagai satu cara menambah simpanan tunai anda.

Oleh itu, pembeli yang ingin membeli hartanah atau membuat pelaburan perlulah mempertimbangkan soalan-soalan berikut:

1)    Berapakah pendapatan semasa anda?
2)    Berapa banyak wang simpanan anda?
3)    Berapa banyak boleh anda simpan pada setiap bulan?
4)    Apa tujuan anda menyimpan wang?
5)    Apakah aset cair yang anda miliki umpamanya simpanan atau saham?
6)    Apakah aset tetap yang anda miliki umpamanya rumah atau rumah kedai?
7)    Apakah pinjaman yang telah anda ambil dan berapa banyak faedah atau bayaran pokok yang anda kena bayar balik?
8)    Adakah anda mempunyai perlindungan insuran/takaful?
9)    Selepas menilai kedudukan kewangan semasa, anda bolehlah menetapkan matlamat dan menentukan sama ada anda mahu menyimpan wang untuk membeli sebuah rumah dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang atau mengumpul kekayaan untuk persediaan ketika bersara.


No comments:

Post a Comment