Monday 9 November 2015

DILEMA USAHAWAN



DILEMA USAHAWAN

Usahawan merujuk kepada  tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mengujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan untuk melakukan sesuatu perkara contohnya, Mencari peluang perniagaan,  Mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Selain itu ianya dapat memenuhi keperluan orang ramai serta sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran.  Jika dilihat mengenai apa itu CSF (Critical Success Factor), dan seterusnya tentang KSF (Key Success Factor) yang perlu ada didalam diri usahawan yang merupakan salah satu kejayaan usahawan dalam perniagaan khasnya..
Faktor Kejayaan Utama (KSF)  dimana peranan usahawan menurut Islam, "Allah tidak akan menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri menolong dirinya". Ini menunjukkan tanpa usaha, tidak akan ada pembangunan. Pembangunan negara, khususnya pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang mengejar peluang-peluang ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang berupaya menggembleng faktor-faktor pengeluaran. Manusia itu adalah usahawan.  Secara jelas, keusahawanan boleh menyumbang kepada pembangunan.Implikasi pembangunan ialah kehidupan yang selesa. Rezeki yang mencukupi dan melebihi, menyumbang ke arah kehidupan dan kemakmuran bersama. Keusahawanan juga meningkatkan kualiti kehidupan dengan penemuan demi penemuan dan ini meluaskan pilihan pengguna. Keusahawanan membanyakkan peluang mata pencarian dan menyumbang ke arah produktiviti kebangsaan. Keusahawanan membantu ke arah pengagihan pendapatan yang lebih saksama seterusnya membawa kebaikan sosial melalui pengembalian sejumlah pendapatan kepada negara dalam bentuk pengembalian wajib seperti cukai dan zakat, mahu pun yang sukarela. Bukankah Islam sendiri menyatakan " sembilan persepuluh rezeki, itu di dalam perniagaan."
KSF adalah secara amnya menerangkan tentang setiap perniagaan  perlu mempunyai faktor-faktor kejayaan utama. Tetapi tidak semestinya semua syarikat mempunyai faktor-faktor kejayaan yang sama. Menurut Austin (2002), CSF merupakan satu kunci untuk mengenalpasti kepuasan pencapaian sesuatu organisasi dalam usaha untuk mencapai matlamat mereka. Menurut beliau lagi CSF merupakan satu cara untuk mengenalpasti keperluan yang perlu ada untuk mencapai sesuatu kejayaan. Setiap syarikat mempunyai CSF yang tersendiri untuk mencapai kejayaan bagiperniagaan masing-masing.

Kajian-kajian lalu banyak menerangkan tentang CSF syarikat luar negara yang berjaya. Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah mereka yang tidak takut kepada kekuatan musuh dengan menjadikannya sebagai kekuatan untuk bersaing. Mereka mestilah memulakan sesuatu dengan tidak mengharapkan semata-mata kepada peluang yang diberikan. Usahawan yang berjaya juga mestilah cepat bertindak untuk mengubah strategi yang mereka laksanakan berdasarkan kepada keperluan semasa. Ini bermaksud, mereka tidak hanya bergantung kepada penetapan strategi awal yang dilaksanakan. Seterusnya, mereka juga bijak menggunakan masa yang sedia ada dengan sebaik mungkin (Timmons dan Spinelli, 2000;Mohd Salleh Din 2005; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Walter Kuemmerle, 2002; Usahawan Sukses, 2002; Rosdi, 2002).

Kajian ini mendapati  Perancangan dan pendapat yang baik, sentiasa menilai tindakan dan berwaspada, bersyukur dengan kejayaan, kerana setiap kejayan adalah berpaksi kurniaan Allah S.W.T  serta sentiasa menjaga kualiti adalah  merupakan  perkara yang  terbaik kepada usahawan. Ianya dapat membantu para usahawan ini untuk mendapatkan pemasaran dan kepercayaan daripada pelanggan dan pembekal Ini dibuktikan oleh (Batten, 2002).Usahawan perlu meningkatkan profesionalisma dan disiplin diri semasa menguruskan perniagaan. Ianya dapat dilakukan dengan melaksanakan kod etika yang bersesuaian serta bersifat amanah, jujur dan yakin kepada diri sendiri (Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Noor Alia, 2002). Terdapat beberapa ciri yang akan menentukan seseorang usahawan itu berjaya ataupun tidak di dalam bidang yang diceburinya.

Ciri yang utama ialah mereka yang mempunyai sikap suka membuat sesuatu yang orang tidak berjaya ‘tidak suka’ dan ‘tidak akan buat’ .Megginson (2000); Usahawan Sukses, (2002); Rosdi,( 2002). Seterusnya ialah struktur organisasi di dalam perniagaan. Ini bermakna terdapat pengkhususan perlaksanaan di dalam kerja yang dilakukan. Sebagai contoh, terdapat individu yang menguruskan akaun dan kewangan, pemasaran dan pengurusan sumber di dalam organisasi tersebut. Ini membolehkan perlaksanaan operasi lebih cekap dan berkesan, seterusnya mampu untuk bersaing dengan pesaing di dalam sektor yang sama. Usahawan yang berjaya juga ialah mereka yang sanggup berdikari dan Berjaya menguruskan kewangan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak. Ini akan menjadikan mereka dapat memerdekakan diri dan emosi agar dapat mengharungi cabaran yang sedia ada di dalam pernigaan yang mereka ceburi.

Ketahanan mental dan sikap tidak takut kepada perubahan dan kegagalan akan membantu seseorang usahawan itu mengecapi kejayaan yang sebenarnya. Apabila seseorang usahawan itu gagal dalam menguruskan perniagaannya buat pertama kali, itu bukanlah noktah terakhir perniagaannya. Beliau mestilah tidak patah semangat dan hilang rasa hormat pada diri sendiri. Kebijaksanaan dalam mengatur kembali strategi dan sistem terkini mengikut perkembangan terkini, teknik-teknik mengatasi pesaing, kehendak pelanggan dan ledakan teknologi maklumat merupakan kelebihan bersaing kepada usahawan tersebut (Hisrich et al., 2000; Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Usahawan Sukses, 2002; Rosdi, 2002).

Usahawan bumiputera tidak perlulah terlalu ghairah untuk membuka perniagaan secara besar-besaran pada peringkat awal (2 atau 3 tahun usia perniagaan) dengan menanggung hutang dalam jumlah jutaan ringgit (Usahawan Sukses, 2002). Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, jalan yang singkat atau jalan pintas perlu dielakkan dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Perniagaan yang mengikut peraturan dan etika perniagaan ialah perniagaan yang dilakukan sendiri dengan sepenuh masa. Terdapat tujuh faktor atau langkah sebagai panduan bagi membentuk kejayaan seorang usahawan (Nadzri, 2000) yang boleh dikaitkan dengan tepat dalam kawasan kajian ini iaitu:

Pertama:        ialah keputusan yang dibuat secara sedar. Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap aspek perniagaan akan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing di dalam industri yang mereka ceburi.

Kedua:           ialah minat terhadap bidang perniagaan yang diceburi. Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam bidang yang telah diceburi. Contohnya, kesanggupan untuk meluangkan masa dalam perniagaan, berani mengambil risiko, bersikap lapang dada dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan.

Ketiga:            tingkatkan kemahiran atau kepakaran dengan bersungguh-sungguh. Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari melakukan kesilapan bagi kali yang kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang berjaya perlu bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimulakan secara kecil-kecilan.

Keempat:       belajar daripada pakar-pakar atau orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi. Usahawan boleh bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus, seminar dan perbincangan untuk menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi memendekkan kaedah atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah atau perkara yang merugikan.

Kelima:          bersedia menghadapi masalah atau risiko. Usahawan perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah,dari segi kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi, lebih-lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu, usahawan perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang berlaku.

Keenam:        berkebolehan memasarkan produk. Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu tahu selok- belok perniagaan dan ilmu yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini.

Ketujuh:         ialah jangan cepat kecewa atau mengalah. Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil ikhtibar terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan. Dengan mengetahui kepentingan matlamat ini ianya dapat menjadi penunjuk arah dan tujuan untuk menghadapi kehidupan. Matlamat ini juga akan menjadi asas kepada penyaluran idea, masa dan tenaga yang berkesan. Dengannya juga, usahawan dapat mengelak dan mengurangkan pembaziran masa, tenaga dan kewangan yang menjadi ukuran kejayaan dalam mengendalikan perniagaannya. Sehubungan ini juga matlamat dapat mewujudkan asas keyakinan diri, perasaan bangga dengan kemajuan yang telah dikecapi yang mempunyai hubungan langsung dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh usahawan yang terbabit. Matlamat adalah penentu utama kepada lahirnya sikap positif dalam diri usahawan yang Berjaya (Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001;Usahawan Sukses 2002; Rosdi 2002).

Namun begitu disebalik kejayaan usahawan, terdapat juga dilema dikalangan usahawan didalam menjalankan perniagaan serta masalah pengurusan kewangan yang secara tidak langsung mengganggu perjalanan operasi sesebuah syarikat atau firma perniagaan tersebut.
Bagaimanapun faktor kegawatan atau cabaran global ekonomi bukan sahaja melanda Malaysia malah negara jiran kita Thailand, Indonesia dan negara-negara ASEAN bukanlah satu-satunya punca kepada kejatuhan atau kegagalan perniagaan kerana terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kejatuhan sesebuah perniagaan di Malaysia, terutamanya usahawan tempatan. Faktor-faktor lain kegagalan perniagaan hasil kajian iaitu :
a)     Kos melebihi had
Kos yang dijangkakan untuk membuat suatu kilang atau kedai, pembelian mesin melebihi dari kos jangkaan yang menyebabkan kebanyakan perniagaan mengalami masalah seawal penceburan perniagaan. Salah satu sebab yang menyebabkan kos overrun ialah kegagalan untuk menyiapkan premis, bangunan, kilang pada masa yang ditetapkan yang mana pembiayaan pembinaan tersebut selalunya dibiayai oleh pinjaman bank  yang akan menekan peniaga dengan kadar faedah dan penalti jika lambat membayar, sedang perniagaan tersebut menghadapi masalah untuk menyiapkan premis, bangunan atau kilang tersebut. Oleh itu peranan Tekun Nasional membantu usahawan berkenaan adalah penting bagi membantu kesimbungan mereka menjalankan perniagaan mereka.

b)    Setelah tapak siap, projek tidak dapat beroperasi seperti yang dirancang
Satu lagi faktor yang dikesan ialah kegagalan pengusaha untuk mengikuti rancangan perniagaan yang telah dirancang. Kebanyakan perniagaan bumiputera khasnya tidak akan mengendahkan untuk melaksanakan seperti yang dirancang setelah mendapat pinjaman dari bank atau pihak Tekun Nasional.
c)    Kegagalan teknikal
Faktor teknikal juga memainkan peranan kepada kejatuhan perniagaan di kawasan kajian. Ini kerana ada segelintir pengusaha tidak menitik beratkan penyelidikan sebelum membeli mesin, kelengkapan, mengkaji lokasi dan sebagainya. Akibat dari kealpaan dalam membuat kaji selidik yang mendalam menyebabkan mesin-mesin yang dibeli tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi, atau mesin adalah tidak bersesuaian.
d)    Risiko penawaran bahan mentah
Faktor ini menjadi salah satu faktor yang amat penting bagi kejatuhan perniagaan di kawasan kajian terutamanya yang bergantung kepada bahan mentah yang terpaksa di import dari luar . Ini kerana semasa kegawatan ekonomi, harga bahan import telah meningkat lima puluh peratus yang mengurangkan kuasa pembeli di Malaysia dan seterusnya mengurang keupayaan pembeli untuk memproses dan menjual dengan banyak. Selain itu kegagalan untuk mendapatkan bahan mentah juga memainkan peranan kepada kejatuhan kepada sesuatu perniagaan.

e)    Hilang keupayaan untuk menjadi kompetitif dalam pasaran
Untuk menjadi kompetitif dalam pasaran sesebuah perniagaan mestilah mengkhusus kepada salah satu strategi yang berikut iaitu pengeluaran massa, pemasaran hubungan dan mengikut cita rasa massa. Bagaimanapun, kebanyakan perniagaan di Malaysia menggunakan ketiga-ketiga strategi tersebut yang menyebabkan mereka tidak memberi fokus, malah menjadi sebuah perniagaan yang hilang arah tuju.
f)     Kelemahan pengurusan
Salah satu faktor yang menyebabkan perniagaan di kawasan kajian jatuh ialah kerana kelemahan pengurusan yang amat ketara. Pihak pengurusan sesebuah perniagaan itu kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menguruskan sesebuah perniagaan.
g)    Terlebih pinjam
Pergantungan yang amat sangat kepada bank-bank untuk mendapat kemudahan kewangan dan menampung sumber modal kerja menyebabkan kebanyakan perniagaan terlebih pinjam. Apabila ini berlaku maka perniagaan akan menghadapai risiko penggulungan yang tinggi kerana bank-bank akan bertindak menurut undang-undang jika pinjaman menjadi tidak berbayar tanpa mengira sama ada perniagaan itu sedang mengalami kerugian atau keuntungan. Sebagai alternatifnya pengusaha mula beralih kepada Tekun Nasional yang mengamalkan konsep pembiayaan modal tambahan kepada usahawan.

h)   Terlebih perbelanjaan
Masalah ini telah menjadi suatu lumrah bagi kebanyakan perniagaan yang gagal. Ini juga adalah berpunca dari sikap pengusaha sendiri yang menggunakan perniagaan tersebut sebagai kuda tunggangan untuk mencapai kepuasan sendiri. Perbelanjaan-perbelanjaan diskreasi boleh dikurangkan bagi meninggalkan perbelanjaan yang asas sahaja untuk perniagaan tersebut.
i)     Pengembangan kepada produk, pasaran atau bisnes yang terlalu asing bagi perniagaan tersebut
Satu lagi punca kegagalan sesebuah perniagaan ialah ada peniaga yang terlalu ghairah untuk mencebur ke suatu perniagaan yang lain kerana percaya perniagaan tersebut boleh mendatang keuntungan yang tinggi tetapi pengusaha itu sendiri tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam industri tersebut. Justeru, diversifikasi meluru ini yang membawa kerugian seterusnya menyumbang kepada kejatuhan perniagaan utama pengusaha.
j)     Persaingan yang terlalu ketat
Ini adalah masalah yang sering dihubungkaitkan dalam mana-mana perniagaan ialah persaingan yang ketat. Kebanyakan pengusaha gagal kerana tidak dapat bersaing dalam pasaran. Untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu berdaya saing, ia mestilah mempunyai hala tuju dan mempunyai matlamat organisasi yang terang. Untuk menjadi sebuah perniagaan yang berdaya saing sesebuah perniagaan itu memerlukan pengurusan strategi yang baik.
  
k)    Pasaran berubah atau produk berubah
Ini juga adalah salah satu faktor kegagalan sesebuah perniagaan ialah kerana ketidaktentuan pasaran yang sentiasa berubah seperti perubahan cita rasa, demografi dan sebagainya. Perubahan produk yang terlalu cepat juga memainkan peranan kepada kejatuhan seseorang pengusaha itu. Sebagai contoh semasa ialah perubahan teknologi pada perisian komputer yang memaksa pengusaha untuk sentiasa bersedia untuk mengikut arus perubahan.
l)     Terlalu bergantung kepada pelanggan, kontrak, pasaran yang khas.
Pengusaha terlalu bergantung harap kepada sesebuah pasaran dan pelanggan seperti kontrak-kontrak yang diberikan oleh kerajaan. Pengusaha tidak berani untuk bersaing dalam pasaran terbuka. Oleh sebabkan sikap pergantungan yang teramat sangat ini, ia akan menyebabkan perniagaan itu terpaksa bergantung seratus peratus kepada permintaan pasaran tersebut tanpa ada alternatif pasaran yang lain.









BIBLIOGRAFI


Ahmad Shari & Ahmad Mohd Yusof (1990), Pengantar Statistik Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anuwar Ali et al. (1994) ‘Perubahan Struktur Ekonomi Ke Arah Perindustrian’: Implikasinya Terhadap Sektor Pertanian’, dalam Supian et al, Rancangan Malaysia Keenam, Priority Pengukuhan Negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Ali (2002). Ekonomi Asas. Kedah: Universiti Utara malaysia

Marroekonomi Malaysia perspektif Dasar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Samuel Bassey Okposin et al.(2003) Perubahan fasa Ekonomi Malaysia. Onn Mohd Jadi (terj) Kuala Lumpur: utusan Publication dan Distributor Sdn Bhd

Zainal Mat Saad (1985) Penghantar Statistik. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd

Moha Asri Hj Abdullah (1991), Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Moha Asri (1995), Industri Kecil di Malaysia: Kejayaan dan Masa Depan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Moha Asri, Juhary Ali dan Fauziah Idris (2000), Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur

Noor Alia Kassim (April/Mei 2002), Usahawan Sukses, Pustaka Wira Sdn Bhd. Norlida Abdul Manab (1996), Pengukuran Prestasi: Kewangan dan Bukan Kewangan:

Ozcan, G. B. (1995), Small Firm and Local Economic Development, Avebury Ashgate Publishing Limited, London

Permodalan Nasional Berhad (1990), Budaya Keusahawanan, Malaysia: Utusan Printing Corporation Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Khairuddin Khalil (1996), Keusahawanan Sebagai Kerjaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Rudy As (April/Mei 2002). Usahawan Bumiputera, Usahawan Sukses, Pustaka Wira Sdn Bhd.

Zuraidah Zainol et al.(2006) Modul Statistik Pengurusan Permulaan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan- Panduan Mudah Kerja Luar, Fajar Bakti, Petaling Jaya

Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan- Panduan Mudah Kerja Luar, Fajar Bakti, Petaling Jaya

Usahawan Sukses (Januari 2002), Datuk Maznah Unggul Terajui Perniagaan, Pustaka Wira Sdn Bhd.

Usahawan Sukses (Januari 2002), Haji Mohammad Noor Ariff , Pasarkan Makanan Ringan dari Timur Tengah Berkat Sabar dan Gigih, Pustaka Wira Sdn Bhd.

Lambing, P dan Kuehl, C.R (2000), Enterprenuership, Prentice Hall, New Jersey. Levin, R. I. dan Rubin, D. S. / Susila Munusamy, Halimah Awang (2000), Statistik Untuk Pengurusan, Prentice Hall, Kuala Lumpur

Hosmer, L. T., Cooper, A. C. dan Vesper, K. H., (1993), Fungsi Keusahawanan, Teks dan Kes Bagi Firma Kecil, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Weber, M. (1917), The Theory of Social and Economic Organization, Scribers, New York

Carland, J dan Carland, J. A (1990), Small Business Management Tools For Success, Poos Kent Publishing Co.

Coleman, S. (2000). “Access To Capital And Terms Of Credit: A Comparison Of Men- And Women-Owned Small Businesses”, Journal of Small Business Management, Milwaukee, (July): 37-52.

Diamantopoulos, A. dan Schlegelmilch, B. B (1997), Taking the Fear Out of Data Analysis - A Step-by-Step Approach, The Dryden Press, London

Gaedeke, R. M. dan Tootelian, D. H. (1991), Small Business Management, Allyn and Bacon, New York

Guilford, J. P (1956), Fundamental of Statistic in Psychology and Education, McGraw Hill, New York

Harper, D.A (1996), Enterprenuership and the Market Process, Routhledge, London Hatten, T.S (1997), Small Business Entrepreneurship and Beyond, Prentice Hall, New Jersey

Hills, G. E. and Narayanan, C. L. (1988), Profile Characteristics, Success Factors and Marketing in Highly Successful Firms. University of Illinois Press

Hisrich, R.D., Brush, C.G. (1987), Women entrepreneurs: a longitudinal study, in Churchhill, N.C., Hornaday, J.A., Kirchhoff, B.A.,. Krasner, O.J., Vesper, K.H. (Eds),Frontiers of Entrepreneurship Research, Babson College, Wellesley, MA, pp.187-9.

Hustedde, R. and Pulver, G., (1992), Factors Affecting Equity Capital Acquisition: the Demand Side, Journal of Business Venturing, 7(5), pp. 363–374.

Kao, J. J (1989), Enterpreneurship, Creativity & Organization-Text,Cases,and Readings, Prentice Hall, New Jersey.

Kuemmerle, W. (2002), The Enterpreneur- A Test For The Fainthearted. Harvard Business Review, May 2002, Siebel Systems, Harvard Business School.

Kuratko, D. F., Hodgetts, R. M. (2001), Entrepreneurship a Contemporary Approach, Harcourt

Long, W. (1983), The Meaning of Entrepreneurship, American Journal of Small Business, Vol 2 ; 47-56.

Malaysia (1975), Industrial Surveys, Jabatan Perangkaan Kuala Lumpur.

Malaysia (2000b), Bumiputera, A Ministry of International Trade and Industry Malaysia, No.4/2000 ISSN 1511-6603, MITI Publication

Megginson, W. L., Byrd, M. J., Megginson, L. C., 2000, Small Business Management: An Entrepreneurs’s Guidebook, McGraw-Hill, Boston

Modigliani, F. and Miller, M.H. (1958), The Cost Of Capital, Corporation Finance and Theory Of Investment, The American Economic Review, 48(3), 261-297.

Schumpeter, J. (1934), Business Cycles: A Theoretical, History And Statistical Analysis Of The Capitalist Process, New York: McGraw Hill.

Scott, M. dan Bruce, R. (1987), Five Stages of Growth in Small Business, Long Range Planning, Vol. 20 (3); 45-52.

Timmons, J. A., Spinelli, S. (2000), New Venture Creation, Entrepreneurship for the 21st Century, McGraw-Hill, Irwin, Boston

Uma Sekaran (1992), Research Methods For Business - A Skill- Building Approach. 2nd Edition, John Wiley and Sons, Inc, New York.



JURNAL
Chamhuri Siwar et.al (1988) ‘Prestasi Ekonomi 1988 dan Belanjawan 1989’ Jurnal Ekonomi Malaysia. Jld 18.hh.107-127
Ang, J. (1992), On the Theory of Finance for Privately Held Firms, Journal of Small Business Finance, 1, 185-203.

Ang, J. (1991), Small Business Uniqueness and the Theory of Financial Management, Journal of Small Business Finance, 1, 3-13.

Ang, James S., James Wuh Lin, and Floyd Tyler (1995), Evidence On the Lack of Separation between Business and Personal Risks Among Small Businesses, The Journal of Small Business Finance, 4 (2/3), 197-210.

Auken, H.V., (2000). “A Model Of Community-Based Venture Capital Formation To Fund Early-Stage Technology-Based Firms”, Journal of Small Business Management, Milwaukee (October): 287-301

Coleman S. (2002). Constraints Faced By Women Small Business Owners: Evidence from the Data, Journal of Developmental Entrepreneurship; Norfolk (August): 151- 174.

Coleman, S., and Cohn, R. (2000), Small Firms’ Use of Financial Leverage: Evidence from the 1993 National Survey of Small Business Finances, Journal of Business and Entrepreneurship, 12(3), 81-98.

Collins, J. (2002), Chinese Entrepreneurs – The Chinese Diaspora in Australia, International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research. Vol. 8 (1/2); 113- 133.

Hustedde, R. and Pulver, G., (1992), Factors Affecting Equity Capital Acquisition: the Demand Side, Journal of Business Venturing, 7(5), pp. 363–374.

Al-Salleh Subhi (Dr.) (1983). Sistem Ekonomi Dan Kewangan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Al- Rahmaniah.

Asy-Sharkoni Mukhlas (Ustaz) (1999). Apa Kata Islam Tentang Wanita, Harta Dan Takhta. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Barjoyai Bardai (2000). Keusahawanan Dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Farahwahida Mohd Yusof (2005). Keberkesanan Pelaksanaan Fatwa Dalam Menangani Aliran- Aliran Kepercayaan Di Malaysia: Kajian Kes Terhadap Al-Arqam Dan Ahmadiyah Qadiani. Universiti Malaya: Ijazah Doktor Falsafah.

Faridah Mohd. Ariff (2002). Kajian kecenderungan mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHT) terhadap bidang keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

H. Hamzah Ya’qub (Dr.) (1984). Kod Etika Dagang Menurut Islam. Bandung: c.v. Diponegoro. H. Zainal Abidin (1979). Dasar-dasar Ekonomi Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

Joni Tamkin bin Borhan (2005). Wanita Dan Perniagaan Menurut Perspektif Islam. Proceedings
The Future And Challenges In Shaping The Ummah (SEWANI 2005)Seminar Keusahawanan Islam Peringkat kebangsaan (2005).

Khaairuddin Khalil (1996). Keusahawanan Sebagai Kerjaya. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka..

Mahsin Haji Mansor (Haji) (1984). Undang-Undang Perdagangan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Alharamain (M) Sdn. Bhd.




No comments:

Post a Comment