Tuesday 10 November 2015

PENGURUSAN DAN PERANCANGAN HARTA ( PEMBELIAN KERETA DAN RUMAH )



PENGURUSAN DAN PERANCANGAN HARTA

PEMBELIAN KERETA DAN RUMAH

KERETA

Memiliki kereta bukannya sesuatu yang murah , sebelum membuat keputusan membeli kereta, pastikan anda mampu menyelenggarakannya. Selain bayaran ansuran bulanan, bakal pembeli kereta perlulah memikirkan  perkara-perkara berikut iaitu  Petrol, Tol, Kos Penyelenggaraan, Cukai Jalan dan Insuran/takaful.

Jika kita mampu membayar ansuran kereta setiap bulan  RM500 hingga RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta. Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000. Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000.  Dengan jumlah RM20,000 tersebut ianya boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya.

Faedah membeli kereta secara tunai

Pembeli kenderaan sudah pasti  tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta. Selain itu beli kereta tanpa deposit  ia bermakna  hutang lebih banyak yang akan ditanggung oleh pembeli kenderaan tersebut. Oleh itu sekiranya bakal pembeli kenderaan jika ingin membeli kereta yang agak tinggi harganya. Tip untuk mengurangkan tanggungan hutang kereta iaitu dengan menyimpan selama setahun dan gunakannya sebagai deposit.


Contoh perancangan membeli kenderaan:

Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleh dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000

Ini adalah kerana agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.

Kesilapan orang ramai  apabila membeli kenderaan iaitu : 

1. Hanya fikirkan ansuran bulanan dan tidak mengambilkira kos-kos lain yang terlibat
2. Beli kereta baru atau kereta terpakai?
3. Memilih kereta yang salah
4. Zero downpayment atau downpayment yang rendah


PELABURAN HARTANAH ATAU PEMBELIAN RUMAH

Sebelum memulakan sebarang rancangan untuk membuat pelaburan, anda perlu terlebih dahulu:

  1. menilai kedudukan kewangan anda.
  2. menentukan berapa banyak yang anda boleh ketepikan untuk membuat pelaburan iaitu sebagai satu cara menambah simpanan tunai anda.

Oleh itu, pembeli yang ingin membeli hartanah atau membuat pelaburan perlulah mempertimbangkan soalan-soalan berikut:

1)    Berapakah pendapatan semasa anda?
2)    Berapa banyak wang simpanan anda?
3)    Berapa banyak boleh anda simpan pada setiap bulan?
4)    Apa tujuan anda menyimpan wang?
5)    Apakah aset cair yang anda miliki umpamanya simpanan atau saham?
6)    Apakah aset tetap yang anda miliki umpamanya rumah atau rumah kedai?
7)    Apakah pinjaman yang telah anda ambil dan berapa banyak faedah atau bayaran pokok yang anda kena bayar balik?
8)    Adakah anda mempunyai perlindungan insuran/takaful?
9)    Selepas menilai kedudukan kewangan semasa, anda bolehlah menetapkan matlamat dan menentukan sama ada anda mahu menyimpan wang untuk membeli sebuah rumah dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang atau mengumpul kekayaan untuk persediaan ketika bersara.


BASIC ECONOMETRICS



Basic Econometrics

Damodar N. Gujarati
Dawn C. Porter


My advice to student who is enrolling for the economy and econometrics subject, please be concise when answering the questions. i am reacheable via email. 

Kepada pelajar yang mengambil jurusan ekonomi dan mengambil subjek ekonometrik, boleh menghubungi saya untuk mengetahui cara untuk menjawab dengan lebih tepat

ZAKAT PERNIAGAAN


Islam sangat memuliakan golongan peniaga, orang yang mencari nafkah hidupnya dengan perdagangan atau perniagaan. Oleh itu, untuk kesejahteraan mereka, Islam telah menyediakan satu bentuk penyucian bagi mereka, yakni membersihkan harta dan jiwa dengan berzakat.

Zakat pada hakikatnya membersihkan dari elemen haram (kerana pencampuran hak manusia lain di dalam harta tersebut) dan pada masa yang sama menyuburkan atau membersihkan harta dan perniagaan. Zakat juga adalah pembersihan jiwa dan rohani untuk lebih dekat dengan Allah SWT. Firman Allah SWT: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya pada jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memudahkannya untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.
(QS. Al-Lail : 5-10)

Sahabat Nabi SAW menyatakan: " Dahulu Nabi Muhammad SAW memerintahkan kepada kami untuk mengeluarkan zakat terhadap harta kekayaan yang disiapkan untuk dijual ". (riwayat Abu Daud dan Baihaqi)Oleh itu, zakat perniagaan adalah zakat yang diwajibkan baginya zakat atas segala jenis barang-barang yang diniagakan bagi yang mendapat keuntungan. Barang-barang yang diniagakan tersebut baik yang berpunca dari hasil pertanian, haiwan ternakan, emas, perak, perikanan, ladang dan lain-lain.

Zakat perniagaan dikenakan untuk semua bentuk perniagaan baik secara inividu atau segera dengan peniaga Islam dan bukan Islam, koperasi, perniagaan saham dan lain-lain. Oleh itu, sangat luas ruang lingkup zakat perniagaan ini, yang perlu kita fahami bahawa barang yang dijualbeli tersebut halal di sisi syariah dan diniatkan untuk berniaga kerana Allah SWT. Misalnya, jika seseorang berniaga emas dan perak, maka ia dikenakan zakat perniagaan dan bukannya zakat emas dan zakat perak. Jika seseorang menternak lembu dan kambing untuk diniagakan , maka ia dikenakan zakat perniagaan dan bukannya zakat ternakan.

Berdasarkan hadis di atas juga, Rasulullah SAW berpesan kepada sahabat-sahabatnya untuk menzakatkan harta perniagaan yang disiapkan untuk dijual , maka zakat perniagaan tidak hanya dikenakan apabila sesebuah perniagaan itu menghasilkan keuntungan. Apabila perniagaan itu rugi, tetapi harta atau modalnya masih mencapai nisab, maka perniagaan itu masih wajib dizakatkan.Oleh kerana itu, apabila sebuah perniagaan sudah mencapai haul satu tahun, maka si peniaga perlu mengira jumlah asetnya ditambah dengan keuntungan dan dikurangkan dengan hutang-piutangnya dengan orang lain. Jika keseluruhan harta perniagaan tersebut mencapai atau melebihi nisab, maka perlu dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5 %. Tujuan penulisan makalah ini adalah sebagai berikut: :


I. Untuk mengetahui definisi dari zakat perniagaan.

II. Untuk mengetahui pengakuan ayat al-Qur'an dan hadis tentang zakat perniagaan

III. Untuk mengetahui bagaimana ruang lingkup zakat perniagaan dalam Islam.

IV. Mengetahui bagaimana cara mengira zakat perniagaan, niasab dan haulnya.


Dalam makalah ini akan dibahas pelbagai masalah diantaranya :

a. Apa definisi zakat perniagaan ?

b. Bagaimana cara mengira zakat perniagaan ?

c. Bagaimana ruang lingkup mengenai zakat perniagaan ?


Adapun kaedah penulisan makalah ini adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif . Penulis menggunakan sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ,internet, blog dan buku-buku, jurnal yang kemudian penulis bandingkan dengan teori-teori hasil dapatan dalam kajian artikel sebelum ini. Terdapat pembahasan dalam pergertian zakat perniagan. Secara etimologi, zakat merupakan kata dasar (lafaz mashdar) dari kata zaka yang bererti suci, barkah, tumbuh, dan terpuji yang semua arti itu sangat popular dalam penterjemahan baik Al Quran mahupun Hadis. Sedangkan zakat secara termologi adalah sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah diserahkan kepada orang-orang yang berhak.

Jumlah yang dikeluarkan dari kekayaan itu disebut zakat kerana yang dikeluarkan itu menambah banyak, membuat lebih bermakna dan melindungi kekayaan itu dari kebinasaan. Terkadang kata "zakat" disebutkan dengan menggunakan kata lain, seperti:

1. Kata "Infaq" dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 34:

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benarbenar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih".

2. Kata "Shodaqoh" dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 103:

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka . Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui".

3. Haq.

"Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan".

Sedangkan perniagaan menurut istilah fiqh adalah mentasarufkan (memproses) harta dengan cara tukar menukar (jual-beli) untuk memperoleh keuntungan dan disertai dengan niat berdagang . Istilah tijarah sebenarnya tidak hanya diidentikkan dengan istilah niaga atau perdagangan atau jual beli saja , namun ia juga merangkumi setiap transaksi (akad) yang menggunakan system pertukaran dengan maksud mencari keuntungan dengan disertai niat.

Harta yang menjadi sarana tijarah ini disebut dengan harta tijarah atau harta perniagaan. Harta tijarah atau harta perniagaan adalah harta yang dimiliki dengan akad tukar menukar dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dan harta yang dimilikinya itu harus merupakan hasil usaha sendiri. Oleh yang demikian termasuk kategori tijarah adalah jual beli (barangan atau perkhidmatan), sewa menyewa, akad bagi hasil, perseroan atau syirkah dan setiap transaksi yang didalamnya terdapat tukar menukar.

 

DASAR HUKUM ZAKAT PERNIAGAAN

Hukum melaksanakan zakat perniagaan ini adalah wajib menurut imam empat mazhab. Sedangkan menurut Imamiah adalah sunnah. Adapun dasar hukum zakat perniagaan ini adalah terdapat dalam beberapa firman Allah SWT sebagai berikut dalam surah At Taubah ayat 103: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka . Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka, dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui".

Dalam surah Al-Baqarah ayat 267: "Hai orang-orang yang beriman, infakkanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata (enggan) terhadapnya. dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

Dalam surah Adz-Dzariyaat ayat 19: "Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta". Hukum wajib dalam melaksanakan zakat perniagaan ini tidak sampai pada makam atau tingkatan mengkafirkan seseorang apabila ditinggalkan, kerana hukum mengeluarkan zakat perniagaan ini masih terdapat khilaf fi wujubihi atau perselisihan pendapat diantara ulama dalam mewajibkan zakat perniagaan ini. Bahkan terdapat segolongan ulama yang sama sekali tidak mewajibkannya.

Setiap transaksi yang menggunakan sistem pertukaran dan diniatkan untuk berdagang dan telah memenuhi syarat-syarat zakat perniagaan wajib dikeluarkan zakat tijarahnya. Sedangkan untuk transaksi yang tidak menggunakan sistem pertukaran atau tidak pula disertai niat untuk berdagang maka tidak wajib dikeluarkan zakatnya. Seperti harta warisan, geran dan lain sebagainya.


Syarat-Syarat wajib Zakat:

1. Muslim: Hanya bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang wajib dizakatkan.

2. Harta Halal: Harta yang halal saja yang diwajibkan Zakat.

3. Cukup Haul: Haul dikira daripada awal perniagaan sehingga satu tahun mengikut kalendar Hijrah (355 hari) .

4. Cukup Nisab: Nisab harta perniagaan dan dinilaikan berdasarkan harga pasaran 85 gram emas atau 595 gram perak.

5. Milik Sempurna (al - Milk at - Tam): Zakat diwajibkan terhadap harta perniagaan yang mempunyai status milik sempurna dari segi pemilikan fizikal (hiyazah) dan berkuasa mengurus tadbir (tasaruff) harta tersebut.

6. Harta Produktif (an - Nama'): Harta yang diwajibkan Zakat mestilah yang boleh berkembang atau berpotensi untuk berkembang.

7. Niat Perniagaan (Urud at - tijarah): Niat perniagaan mesti dilakukan apabila harta tersebut bertujuan diperniagakan untuk memperolehi keuntungan.


Bagaimana peniaga mengeluarkan zakatnya?

1. Seorang peniaga muslim menentukan masa tahunan untuk membayar zakat. Pada saat itu ia mengira modal yang disediakan untuk dagangan, iaitu barang-barang yang disediakan untuk jualan, dengan harga jual itu waktu mengeluarkan zakat, ditambah dengan wang cash yang ada, wang yang masih ada di tangan orang lain. Kemudian dikurangkan hutang yang menjadi kewajibannya, lalu dari yang tersisa itu dikeluarkan 2.5%.

2. Perlu ditegaskan di sini, bahawa bangunan, perabot yang tidak disiapkan untuk jualan tidak dimasukkan dalam pengiraan aset yang dikeluarkan zakatnya. Sedangkan bungkus yang dijual beserta isinya, maka dikategorikan sebagai dagangan dan dikira nilainya .

3. Peniaga itu mengeluarkan dagangannya berupa wang. Demikian pendapat Asy-Syafi'i dan Imam Ahmad. Sedangkan mazhab Hanafi membenarkan pengeluaran zakatnya berupa barang dagangan yang ada, namun yang utama menurutnya jika dikeluarkan dalam bentuk wang, kerana dianggap lebih bermanfaat bagi fakir miskin.


NISAB DAN KADAR ZAKAT PERNIAGAAN

Aset perniagaan sebagaimana yang disebut oleh para ulama fiqh adalah aset yang dipersiapkan untuk jual beli, mencari keuntungan seperti peralatan, perabot, pakaian, makanan, perhiasan, permata, haiwan, tanaman, bangunan dan sebagainya. Dalil yang mewajibkannya Zakat perniagaan hukumnya wajib berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah swt., "Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik." (Al-Baqarah: 267). erti "kasb" di sini adalah perdagangan seperti yang diungkapkan oleh banyak ahli tafsir, di antaranya Al - Hasan, Mujahid, Ath Thabariy, dan Ar Razi. Demikian juga ayat-ayat yang mewajibkan zakat harta kekayaan secara umum, termasuk di dalamnya harta perniagaan. Tidak ada satupun dalil yang mengecualikannya.

Dari Samurah bin Jundub berkata, "Rasulullah saw. menyuruh kita untuk mengeluarkan zakat dari segala sesuatu yang kami sediakan untuk dijual." (Abu Daud, Ad Daruquthniy, Ibnu Abdil Barr). Umar bin Khaththab r.a. mengambil zakat dari harta perniagaan, dan tidak seorangpun sahabat yang menolaknya. Pendapat seperti ini diriwayatkan pula dari Ibnu Abbas , Ibnu Umar, Umar bin Abdul Aziz. Para ulama tabi'in juga telah bersepakat dalam hal ini. Ibnul Mundzir dan Abu Ubaid menyatakan telah berlaku ijma' dalam hal ini. Kewajipan zakat perniagaan juga menjadi pendapat empat mazhab, dan tidak ada yang berbeza pendapat kecuali ulama Zhahiriyah, dan Syiah Imamiyah yang menyatakan bahawa zakat perniagaan hukumnya sunnah.

Ketentuan zakat perdagangan:

1. Cukup 1 tahun (haul), Pendapat Abu Hanifah lebih kuat dan realistik iaitu dengan menggabungkan semua harta perdagangan pada awal dan akhir dalam satu tahun kemudian dikeluarkan zakatnya .

2. Nisab zakat perdagangan sama dengan nisab emas iaitu sebanyak 85 gram emas atau perak 595 gram.

3. Kadarnya zakat sebanyak 2.5%.

4. Boleh dibayar dengan wang atau barang.

5. Dikenakan kepada perdagangan mahupun individu.


Rumus Pengiraan:


(Modal diputar + Keuntungan + piutang yang dapat dicairkan) - (hutang + kerugian) x 2.5 %


Contoh:

Harta perniagaan sama ada dalam bidang perdagangan, industri , pertanian, ataupun perkhidmatan, dijalankan secara individu mahupun institusi(seperti Yayasan , Koperasi) nishabnya adalah 20 dinar (setara dengan 85 gram emas) . Jika suatu organisasi pada akhir tahun memiliki kekayaan (modal kerja dan untung) lebih besar atau setara dengan 85 gram emas (andaian jika per gram RM150, RM12,750), maka ia wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Pada badan usaha yang berbentuk syirkah (kerjasama), maka jika semua anggota syirkah beragama Islam, zakat dikeluarkan terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada pihak-pihak yang bersyirkah. Tetapi jika anggota syirkah terdapat orang yang bukan Islam, maka zakat hanya dikeluarkan dari anggota syirkah muslim saja (apabila jumlahnya lebih dari nisab).


Cara Menghitung Zakat:

Kekayaan yang dimiliki badan usaha tidak akan lepas dari salah satu atau lebih dari tiga bentuk di bawah ini :

1 . Kekayaan dalam bentuk barangan

2 . wang tunai

3 . piutang

Contoh sebuah perusahaan pakaian pada tutup akaun pada Januari tahun 2010:

Baju, seluar aksesori yang belum terjual : RM 25,000,000
Wang tunai : RM 35.000.000
Piutang : RM 10,000,000
Jumlah : RM 70.000.000
Hutang & Cukai : (RM 10,000,000)
Baki : RM 60,000,000
Zakat = 2.5% x RM 60,000,000 = RM 1,500,000

Pada harta perniagaan, modal pelaburan yang berupa tanah dan bangunan dan lain-lain, tidak termasuk harta yang wajib dizakat sebab termasuk kedalam kategori barang tetap (tidak berkembang). Untuk usaha yang bergerak dibidang perkhidmatan, seperti perhotelan, perkhidmatan sewa kereta dan lain-lain, boleh dikeluarkan zakat dengan cara:

I. Pada perhitungan akhir tahun (tutup buku), seluruh harta kekayaan syarikat dikira, termasuk barang (harta) pengeluar perkhidmatan, seperti teksi, kapal, hotel, dll, kemudian keluarkan zakatnya 2.5%.

II. Pada Perhitungan akhir tahun (tutup buku), hanya dikira dari hasil bersih yang diperoleh usaha tersebut selama satu tahun, kemudian zakat dikeluarkan 10%. Hal ini diqiyaskan dengan perhitungan zakat hasil pertanian, dimana perhitungan zakat hanya didasarkan pada hasil pertaniannya, tidak dikira harga tanahnya.


SAHAM DAN BON

Pada hakikatnya baik saham dan bon (juga sijil Bank) merupakan suatu bentuk simpanan harta yang berpotensi berkembang. Oleh karenannya masuk ke dalam kategori harta yang wajib dizakati, apabila telah mencapai nishabnya. Zakatnya sebanyak 2.5% dari nilai terkumpul sebenar bukan nilai muka yang tertulis pada saham atau bon tersebut, dan zakat itu dibayar setiap tahun. Contoh: Puan Salamah mempunyai 500,000 lot saham MRT, harga muka RM5/Lot. Pada akhir tahun buku setiap lot mendapat dividen RM0.30.

Total jumlah harta (saham) = 500,000 x RM5.30 = RM2,650,000
Zakat = 2.5 % x RM2,650,000 = RM66,250

Kesimpulannya aset perniagaan sebagaimana yang disebut oleh para ulama fiqh adalah aset yang diperuntukkan untuk jual beli, mencari keuntungan seperti peralatan, perabot, pakaian, makanan, perhiasan, permata, haiwan, tanaman, bangunan dan sebagainya. Terdapat dua unsur perdagangan secara bersamaan, iaitu jual beli dan niat berdagang. Jika ada salah satu unsurnya tidak ada, maka tidak disebut perdagangan, sehingga tidak wajib zakat. Seperti jika seseorang membeli sesuatu untuk penggunaan peribadi, atau ia berniat untuk berdagang tetapi belum membeli barang, atau menjualnya, maka belum disebut peniaga.

Jika telah mencapai satu nishab , artinya nilai harta perniagaan itu telah mencapai nishab wang pada akhir tahun menurut Imam Malik dan Asy Syafi'i iaitu bersamaan dengan 85 gram emas tau 595 gram perak . Maka dia wajib mengeluarkan zakat dari harta / aset tersebut . Dan adapun qadar zakat yang wajib dikeluarkan olehnya adalah sebanyak 2.5 % .

Penyusun makalah ini manusia biasa banyak kelemahan dan kekhilafan. Maka dari itu penyusun menyarankan pada pembaca yang untuk mendalami masalah zakat, setelah membaca makalah ini untuk membaca sumber lain yang lebih lengkap kerana makalah ini hanya sebagai pemandu anda untuk boleh mengetahui zakat dari segi perniagaan saja. Dan marilah kita realisasikan zakat dalam kehidupan sehari-hari yang merupakan kewajipan umat muslim dengan penuh rasa ikhlas.

 


Rujukan:

• Asnaf, Lembaga Zakat Selanor, Terbitan 1/2006.

• Ahmad Hidayat Buang, ‘Koperasi Secara Islam Dalam Kerangka Perundangan Malaysia’, (2004). Jurnal Syariah. 1-24.

• Ismail Yusuf dan Wan Nasyarudin Wan Abdullah, ‘Zakat Perniagaan yang Diikhtilafkan oleh Fuqaha dan Kesannya Apabila dilaksanakan’ dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. (2006). Zakat Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Mohd Daud Bakar. (Julai 1997), ‘Aspek-aspek Pembiayaan Projek dalam Amalan Perbankan Islam’ Jurnal Syariah, Jilid 5, Bil 2, Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

• Sanep Ahmad, “Zakat Perkongsian : Ke atas Entiti Syarikat atau Individu’ dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. (2006) Zakat Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, ‘Kajian Perbandingan Syarat-Syarat Penaksiran Zakat Perniagaan Malaysia Dengan FAS 9 AAOIFI’, dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. (2006) Zakat Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Monday 9 November 2015

KAJIAN MENGENAI USAHAWAN : ULASAN LITERATUR ( KAJIAN LEPAS )



KAJIAN MENGENAI USAHAWAN
ULASAN LITERATUR (KAJIAN LEPAS) MENGENAI KEUSAHAWANAN
Sorotan kajian lepas mengenai usahawan atau keusahawanan adalah amat penting untuk memberi gambaran awal mengenai sesuatu kajian yang hendak dilakukan atau panduan kepada usahawan dan juga pelajar-pelajar universiti mengenai keusahawanan sebagai rujukan. Dalam sorotan kajian ini, penulis telah meneliti dan mengkaji secara langsung kewujudan sumber yang berkaitan usahawan dan keusahawanan melalui rujukan jurnal-jurnal, tesis, buku-buku, kertas kerja dan sebahagiannya.

Kajian yang dilakukan oleh Hills dan Narayan (1988), telah mengenalpasti tentang faktor kejayaan firma dan mengenalpasti ciri-ciri firma dan CEO mereka serta peranan maklumat pasaran dalam perusahaan firma. Hasil kajian menunjukkan bahawa 78% respodan memilih produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi sebagai faktor kejayaan yang paling utama. Selain itu 45% memilih reputasi pelanggan yang baik dan 41% menyatakan respon kepada kehendak pelanggan sebagai faktor kejayaan. Dalam perancangan pasaran pulak, faktor yang paling penting untuk usahawan berjaya adalah peka kepada keperluan pelanggan.

Duchesneau  dan Gartner (1988), telah menjalankan kajian terhadap 26 firma kecil, yang merangkumi 13 firma yang berjaya dan 13 firma yang dianggap tidak berjaya. Namun begitu dalam kajiannya menunjukkan bahawa ciri utama usahawan iaitu memulakan perniagaan dan tabiat firma. Hasil kajian menunjukkan pimpinan usahawan yang berjaya datang daripada keluarga usahawan dan mempunyai tahap yang tinggi dalam pengetahuan, pengalaman pengurusan, kemahiran pengurusan, pengalaman memulakan firma, keyakinan diri dan sikap mengambil berat dalam mengurangkan risiko berbanding usahawan yang tidak berjaya. Selain itu kajiannya juga melihat mengenai demensi tabiat firma iaitu perbandingan di antara firma tidak berjaya dengan firma yang berjaya biasanya mengikut prosedur dalam proses perancangan.

kajian Nieuwenhuizen dan Kroon (2001) pulak,dalam kajiannya dapat lihat  satu analisis bagi hubungan dan analisis faktor telah dibuat untuk mendapatkan ciri yang penting dalam pembangunan keusahawanan. Kajian ini adalah lanjutan daripada kajian empirikal yang mengenalpasti CSF (Critical Success Factor) industri kecil dan sederhana. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara kejayaan perniagaan dan 11 faktor kejayaan utama, antaranya ialah kreativiti dan inovasi, pengurusan kewangan, pemahaman kewangan,pencatatan urus niaga dan penglibatan di dalam perniagaan. Tiga faktor kejayaan telah dikenalpasti dalam kajian ini iaitu kesungguhan, kepimpinan dan pengambilan risiko.

Selain itu kajian Md Mohar (2000) pulak  menunjukkan terdapat persamaan dan juga perbezaan antara usahawan Melayu dan Cina serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan usahawan di kalangan mereka. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa usahawan berjaya dari bangsa Cina dan juga bangsa Melayu memberi markah yang tinggi dari aspek atribusi psikologi seperti kehendak pencapaian dan kecenderungan mengambil risiko.

Md Mohar (2001) juga telah dikenalpasti perbezaan antara usahawan Cina dan bumiputra di Malaysia dimana hasil kajian menunjukkan majoriti usahawan Cina menceburi bidang pembuatan manakala usahawan bumiputra pula dalam bidang perkhidmatan. Usahawan Cina mengambil berat dalam pertumbuhan berterusan dalam perniagaan keluarga. Ini kerana usahawan Cina banyak dipengaruhi oleh keluarga. Berbeza dengan usahawan bumiputra yang banyak dipengaruhi oleh rakan. Dapatan kajian juga menunjukkan purata umur bagi kedua-dua usahawan memulakan perniagaan adalah pada umur 45 tahun. Selain itu, usahawan Bumiputra lebih bergantung kepada agensi kerajaan dalam mendapatkan sumber modal berbanding usahawan Cina yang mendapat kebanyakan sumber modal mereka adalah daripada simpanan sendiri.



Md Mohar (2002) telah menjalankan kajian terhadap pencapaian semasa program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan di negeri Johor. Kajian ini mengutarakan model pembangunan keusahawanan yang mampan dan menyeluruh dalam proses membina dan memantapkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Johor. Mindset usahawan bumiputra terbahagi kepada empat iaitu usahawan gerai, usahawan baru, usahawan ekspres dan usahawan tulin. Menurut kajian ini, untuk menghasilkan mindset usahawan tulin maka perlu diwujudkan struktur dan persekitaran keusahawanan dari peringkat awal.

Scott dan Bruce (1987) dalam kajiannya telah mengenalpasti lima peringkat pertumbuhan dalam perniagaan kecil yang mana setiap peringkat mempunyai ciri-cirinya. Objektif kajian ini ialah membangunkan pertumbuhan perniagaan kecil dengan menekankan faktor utama bagi setiap peringkat pertumbuhan dan krisis yang dihadapi agar pengurus dapat merancang masa hadapan syarikat dengan jayanya. Lima peringkat pertumbuhan dalam perniagaan kecil adalah inception, survival, growth, expansion dan maturity.  
Menurut kajian Md Mohar,(2001) menerangkan bahawa usahawan bumiputra lebih bergantung kepada agensi kerajaan dalam mendapatkan sumber modal berbanding dengan usahawan cina yang menjalankan perniagaan mereka dengan menggunakan modal simpanan sendiri.
Selain itu kajian dijalankan oleh Md Mohar(2000);Rosli,(2002);Harper,(1996); Khaairuddin,(1996); Nieuwenhuizen dan Kroon,(2001); Usahawan Sukses,(2000);   dan Chow,W.S,(2000) yang menyatakan bahawa bagi seseorang usahawan faktor kesanggupan hadapi risiko didalam perniagaan adalah merupakan faktor terpenting apabila seseorang menceburi didalam dunia perniagaan.
  
Dalam soal pembiayaan modal merupakan aspek yang paling rumit dalam memulakan suatu perniagaan kecil (Ang, 1991; Ang, 1992). Cabaran untuk mendapatkan pembiayaan modal di kalangan perusahaan telah banyak dibincangkan dan didokumenkan oleh beberapa penyelidik dan penulis (Auken, 2002). Kekurangan pembiayaan merupakan punca utama sebuah perusahaan kecil gagal. Tanpa pembiayaan yang mencukupi,seorang usahawan tidak mampu untuk membeli dan menyenggara fasiliti seperti mengambil pekerja, menghasilkan, memasarkan produk dan aktiviti-aktiviti operasi perniagaan yang hendak dijalankan. (Megginson et al., 2000) .
Jika lihat dalam Teori Modigliani dan Miller’s (1958) tentang struktur modal mengandaikan bahawa setiap perusahaan mempunyai maklumat lengkap tentang pinjaman dan ekuiti yang boleh mereka perolehi. Walau bagaiamanapun perusahaan kecil mempunyai pendedahan yang berbeza terhadap maklumat pembiayaan jika dibandingkan dengan perusahaan besar. Coleman and Cohn (2000) menekankan bahawa perusahaan kecil mempunyai pendedahan yang terhad ke atas pasaran ekuiti dan pinjaman awam. Manakala perusahaan besar boleh mengeluarkan saham atau bon untuk membiayai perniagaan mereka, perusahaan kecil tidak berupaya berbuat demikian. Sebagai alternatif, perusahaan kecil amat bergantung kepada kredit perdagangan (trade credit), pinjaman dari pihak bank, dan sumber pembiayaan tak formal seperti simpanan sendiri, kad kredit dan pinjaman dari keluarga dan kawan (Ang 1992; Ang et al., 1995; Bink and Ennew 1996).

Dapatan beberapa kajian tentang pembiayaan perusahaan kecil menunjukkan bahawa bank merupakan sumber luar utama perusahaan kecil untuk mendapatkan pembiayaan modal (Coleman, 2000). Kajian yang dijalankan oleh National Foundation of women Business Owners pada 1996, mendapati 48% perusahaan kecil mendapatkan sumber pembiayaan mereka dari bank-bank. Ini bermakna teori struktur modal tradisional tidak boleh di aplikasikan di kalangan perusahaan kecil (Coleman, 2002).

Hustedde and Pulver (1992) dalam kajian mereka ke atas sekumpulan usahawan kecil yang telah berjaya dan juga yang tidak berjaya untuk memperolehi pembiayaan modal mendapati kejayaan untuk mendapatkan pembiayaan bersandar kepada cirri-ciri usahawan, ciri-ciri perusahaan dan peringkat perniagaan, jenis industri dan lokasi. Manakala Hisrich and Brush (1987) pula mendapati kekangan yang dialami oleh perusahaan kecil untuk mendapatkan pembiayaan ialah cagaran yang dikenakan oleh institusi kewangan. Di sinilah peranan yang mainkan oleh skim kredit mikro dalam memudahkan usahawan kecil mendapat pembiayaan modal tanpa cagaran dan lain-lain syarat ketat.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Rosdi(2002) dan Usahawan Sukses(2002) menerangkan bahawa setiap kejayaan usahawan termasuklah mempunyai ketahanan mental yang tinggi atau jitu, dimana setiap usahawan tidak takut kepada perubahan dan kegagalan serta menganggap ianya sebagai cabaran didalam dunia perniagaan
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nieuwenhuizen dan Kroon(,2001); Chow,W.S,(2000); Harper, (1996); Lambing,(2000); Rosli,(2002); dan Nadzri,(2000) menyatakan bahawa seseorang usahawan itu kesanggupan menghadapi risiko merupakan faktor yang penting dalam menceburi didalam dunia perniagaan.
kajian yang dijalankan oleh Walter Kuemmaerle (2002); Rosli(2002); Usahawan Sukses (2002); Mustafa Haji Daud(1994);   Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002); menyatakan bahawa tidak gentar atau tidak takut menghadapi persaingan adalah merupakan faktor kejayaan bagi setiap usahawan.

Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002); menyatakan bahawa seseorang yang peka akan kepentingan ilmu, adalah mereka mempunyai kemahiran dalam menggunakan segala sumber dan kepakaran daripada orang lain. Mereka merupakan environmental scanner yang cekap dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan informasi daripada pelbagai rangkaian dan sumber.

BIBLIOGRAFI


Ahmad Shari & Ahmad Mohd Yusof (1990), Pengantar Statistik Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anuwar Ali et al. (1994) ‘Perubahan Struktur Ekonomi Ke Arah Perindustrian’: Implikasinya Terhadap Sektor Pertanian’, dalam Supian et al, Rancangan Malaysia Keenam, Priority Pengukuhan Negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Ali (2002). Ekonomi Asas. Kedah: Universiti Utara malaysia

Marroekonomi Malaysia perspektif Dasar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Samuel Bassey Okposin et al.(2003) Perubahan fasa Ekonomi Malaysia. Onn Mohd Jadi (terj) Kuala Lumpur: utusan Publication dan Distributor Sdn Bhd

Zainal Mat Saad (1985) Penghantar Statistik. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd

Moha Asri Hj Abdullah (1991), Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Moha Asri (1995), Industri Kecil di Malaysia: Kejayaan dan Masa Depan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Moha Asri, Juhary Ali dan Fauziah Idris (2000), Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur

Noor Alia Kassim (April/Mei 2002), Usahawan Sukses, Pustaka Wira Sdn Bhd. Norlida Abdul Manab (1996), Pengukuran Prestasi: Kewangan dan Bukan Kewangan:

Ozcan, G. B. (1995), Small Firm and Local Economic Development, Avebury Ashgate Publishing Limited, London

Permodalan Nasional Berhad (1990), Budaya Keusahawanan, Malaysia: Utusan Printing Corporation Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Khairuddin Khalil (1996), Keusahawanan Sebagai Kerjaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Rudy As (April/Mei 2002). Usahawan Bumiputera, Usahawan Sukses, Pustaka Wira Sdn Bhd.

Zuraidah Zainol et al.(2006) Modul Statistik Pengurusan Permulaan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan- Panduan Mudah Kerja Luar, Fajar Bakti, Petaling Jaya

Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan- Panduan Mudah Kerja Luar, Fajar Bakti, Petaling Jaya

Usahawan Sukses (Januari 2002), Datuk Maznah Unggul Terajui Perniagaan, Pustaka Wira Sdn Bhd.

Usahawan Sukses (Januari 2002), Haji Mohammad Noor Ariff , Pasarkan Makanan Ringan dari Timur Tengah Berkat Sabar dan Gigih, Pustaka Wira Sdn Bhd.

Lambing, P dan Kuehl, C.R (2000), Enterprenuership, Prentice Hall, New Jersey. Levin, R. I. dan Rubin, D. S. / Susila Munusamy, Halimah Awang (2000), Statistik Untuk Pengurusan, Prentice Hall, Kuala Lumpur

Hosmer, L. T., Cooper, A. C. dan Vesper, K. H., (1993), Fungsi Keusahawanan, Teks dan Kes Bagi Firma Kecil, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Weber, M. (1917), The Theory of Social and Economic Organization, Scribers, New York

Carland, J dan Carland, J. A (1990), Small Business Management Tools For Success, Poos Kent Publishing Co.

Coleman, S. (2000). “Access To Capital And Terms Of Credit: A Comparison Of Men- And Women-Owned Small Businesses”, Journal of Small Business Management, Milwaukee, (July): 37-52.

Diamantopoulos, A. dan Schlegelmilch, B. B (1997), Taking the Fear Out of Data Analysis - A Step-by-Step Approach, The Dryden Press, London

Gaedeke, R. M. dan Tootelian, D. H. (1991), Small Business Management, Allyn and Bacon, New York

Guilford, J. P (1956), Fundamental of Statistic in Psychology and Education, McGraw Hill, New York

Harper, D.A (1996), Enterprenuership and the Market Process, Routhledge, London Hatten, T.S (1997), Small Business Entrepreneurship and Beyond, Prentice Hall, New Jersey

Hills, G. E. and Narayanan, C. L. (1988), Profile Characteristics, Success Factors and Marketing in Highly Successful Firms. University of Illinois Press

Hisrich, R.D., Brush, C.G. (1987), Women entrepreneurs: a longitudinal study, in Churchhill, N.C., Hornaday, J.A., Kirchhoff, B.A.,. Krasner, O.J., Vesper, K.H. (Eds),Frontiers of Entrepreneurship Research, Babson College, Wellesley, MA, pp.187-9.

Hustedde, R. and Pulver, G., (1992), Factors Affecting Equity Capital Acquisition: the Demand Side, Journal of Business Venturing, 7(5), pp. 363–374.

Kao, J. J (1989), Enterpreneurship, Creativity & Organization-Text,Cases,and Readings, Prentice Hall, New Jersey.

Kuemmerle, W. (2002), The Enterpreneur- A Test For The Fainthearted. Harvard Business Review, May 2002, Siebel Systems, Harvard Business School.

Kuratko, D. F., Hodgetts, R. M. (2001), Entrepreneurship a Contemporary Approach, Harcourt

Long, W. (1983), The Meaning of Entrepreneurship, American Journal of Small Business, Vol 2 ; 47-56.

Malaysia (1975), Industrial Surveys, Jabatan Perangkaan Kuala Lumpur.

Malaysia (2000b), Bumiputera, A Ministry of International Trade and Industry Malaysia, No.4/2000 ISSN 1511-6603, MITI Publication

Megginson, W. L., Byrd, M. J., Megginson, L. C., 2000, Small Business Management: An Entrepreneurs’s Guidebook, McGraw-Hill, Boston

Modigliani, F. and Miller, M.H. (1958), The Cost Of Capital, Corporation Finance and Theory Of Investment, The American Economic Review, 48(3), 261-297.

Schumpeter, J. (1934), Business Cycles: A Theoretical, History And Statistical Analysis Of The Capitalist Process, New York: McGraw Hill.

Scott, M. dan Bruce, R. (1987), Five Stages of Growth in Small Business, Long Range Planning, Vol. 20 (3); 45-52.

Timmons, J. A., Spinelli, S. (2000), New Venture Creation, Entrepreneurship for the 21st Century, McGraw-Hill, Irwin, Boston

Uma Sekaran (1992), Research Methods For Business - A Skill- Building Approach. 2nd Edition, John Wiley and Sons, Inc, New York.



JURNAL
Chamhuri Siwar et.al (1988) ‘Prestasi Ekonomi 1988 dan Belanjawan 1989’ Jurnal Ekonomi Malaysia. Jld 18.hh.107-127
Ang, J. (1992), On the Theory of Finance for Privately Held Firms, Journal of Small Business Finance, 1, 185-203.

Ang, J. (1991), Small Business Uniqueness and the Theory of Financial Management, Journal of Small Business Finance, 1, 3-13.

Ang, James S., James Wuh Lin, and Floyd Tyler (1995), Evidence On the Lack of Separation between Business and Personal Risks Among Small Businesses, The Journal of Small Business Finance, 4 (2/3), 197-210.

Auken, H.V., (2000). “A Model Of Community-Based Venture Capital Formation To Fund Early-Stage Technology-Based Firms”, Journal of Small Business Management, Milwaukee (October): 287-301

Coleman S. (2002). Constraints Faced By Women Small Business Owners: Evidence from the Data, Journal of Developmental Entrepreneurship; Norfolk (August): 151- 174.

Coleman, S., and Cohn, R. (2000), Small Firms’ Use of Financial Leverage: Evidence from the 1993 National Survey of Small Business Finances, Journal of Business and Entrepreneurship, 12(3), 81-98.

Collins, J. (2002), Chinese Entrepreneurs – The Chinese Diaspora in Australia, International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research. Vol. 8 (1/2); 113- 133.

Hustedde, R. and Pulver, G., (1992), Factors Affecting Equity Capital Acquisition: the Demand Side, Journal of Business Venturing, 7(5), pp. 363–374.

Al-Salleh Subhi (Dr.) (1983). Sistem Ekonomi Dan Kewangan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Al- Rahmaniah.

Asy-Sharkoni Mukhlas (Ustaz) (1999). Apa Kata Islam Tentang Wanita, Harta Dan Takhta. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Barjoyai Bardai (2000). Keusahawanan Dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Farahwahida Mohd Yusof (2005). Keberkesanan Pelaksanaan Fatwa Dalam Menangani Aliran- Aliran Kepercayaan Di Malaysia: Kajian Kes Terhadap Al-Arqam Dan Ahmadiyah Qadiani. Universiti Malaya: Ijazah Doktor Falsafah.

Faridah Mohd. Ariff (2002). Kajian kecenderungan mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHT) terhadap bidang keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

H. Hamzah Ya’qub (Dr.) (1984). Kod Etika Dagang Menurut Islam. Bandung: c.v. Diponegoro. H. Zainal Abidin (1979). Dasar-dasar Ekonomi Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

Joni Tamkin bin Borhan (2005). Wanita Dan Perniagaan Menurut Perspektif Islam. Proceedings
The Future And Challenges In Shaping The Ummah (SEWANI 2005)Seminar Keusahawanan Islam Peringkat kebangsaan (2005).

Khaairuddin Khalil (1996). Keusahawanan Sebagai Kerjaya. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka..

Mahsin Haji Mansor (Haji) (1984). Undang-Undang Perdagangan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Alharamain (M) Sdn. Bhd.