KAJIAN MENGENAI USAHAWAN
ULASAN LITERATUR (KAJIAN LEPAS) MENGENAI
KEUSAHAWANAN
Sorotan kajian lepas mengenai usahawan atau
keusahawanan adalah amat penting untuk memberi gambaran awal mengenai sesuatu
kajian yang hendak dilakukan atau panduan kepada usahawan dan juga
pelajar-pelajar universiti mengenai keusahawanan sebagai rujukan. Dalam sorotan
kajian ini, penulis telah meneliti dan mengkaji secara langsung kewujudan
sumber yang berkaitan usahawan dan keusahawanan melalui rujukan jurnal-jurnal,
tesis, buku-buku, kertas kerja dan sebahagiannya.
Kajian yang dilakukan oleh
Hills dan Narayan (1988), telah mengenalpasti tentang faktor kejayaan firma dan
mengenalpasti ciri-ciri firma dan CEO mereka serta peranan maklumat pasaran
dalam perusahaan firma. Hasil kajian menunjukkan bahawa 78% respodan memilih
produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi sebagai faktor kejayaan yang
paling utama. Selain itu 45% memilih reputasi pelanggan yang baik dan 41%
menyatakan respon kepada kehendak pelanggan sebagai faktor kejayaan. Dalam
perancangan pasaran pulak, faktor yang paling penting untuk usahawan berjaya
adalah peka kepada keperluan pelanggan.
Duchesneau dan Gartner (1988), telah menjalankan kajian
terhadap 26 firma kecil, yang merangkumi 13 firma yang berjaya dan 13 firma
yang dianggap tidak berjaya. Namun begitu dalam kajiannya menunjukkan bahawa
ciri utama usahawan iaitu memulakan perniagaan dan tabiat firma. Hasil kajian
menunjukkan pimpinan usahawan yang berjaya datang daripada keluarga usahawan
dan mempunyai tahap yang tinggi dalam pengetahuan, pengalaman pengurusan,
kemahiran pengurusan, pengalaman memulakan firma, keyakinan diri dan sikap mengambil
berat dalam mengurangkan risiko berbanding usahawan yang tidak berjaya. Selain
itu kajiannya juga melihat mengenai demensi tabiat firma iaitu perbandingan di
antara firma tidak berjaya dengan firma yang berjaya biasanya mengikut prosedur
dalam proses perancangan.
kajian Nieuwenhuizen dan Kroon (2001) pulak,dalam kajiannya dapat
lihat satu analisis bagi hubungan dan analisis
faktor telah dibuat untuk mendapatkan ciri yang penting dalam pembangunan keusahawanan.
Kajian ini adalah lanjutan daripada kajian empirikal yang mengenalpasti CSF
(Critical Success Factor) industri kecil dan sederhana. Hasil kajian menunjukkan
terdapat hubungan yang kuat antara kejayaan perniagaan dan 11 faktor kejayaan
utama, antaranya ialah kreativiti dan inovasi, pengurusan kewangan, pemahaman
kewangan,pencatatan urus niaga dan penglibatan di dalam perniagaan. Tiga faktor
kejayaan telah dikenalpasti dalam kajian ini iaitu kesungguhan, kepimpinan dan
pengambilan risiko.
Selain itu kajian Md Mohar (2000) pulak menunjukkan terdapat persamaan dan juga
perbezaan antara usahawan Melayu dan Cina serta faktor-faktor yang mempengaruhi
pembangunan usahawan di kalangan mereka. Di samping itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa usahawan berjaya dari bangsa Cina dan juga bangsa Melayu
memberi markah yang tinggi dari aspek atribusi psikologi seperti kehendak
pencapaian dan kecenderungan mengambil risiko.
Md Mohar (2001) juga telah dikenalpasti perbezaan
antara usahawan Cina dan bumiputra di Malaysia dimana hasil kajian menunjukkan
majoriti usahawan Cina menceburi bidang pembuatan manakala usahawan bumiputra
pula dalam bidang perkhidmatan. Usahawan Cina mengambil berat dalam pertumbuhan
berterusan dalam perniagaan keluarga. Ini kerana usahawan Cina banyak
dipengaruhi oleh keluarga. Berbeza dengan usahawan bumiputra yang banyak
dipengaruhi oleh rakan. Dapatan kajian juga menunjukkan purata umur bagi
kedua-dua usahawan memulakan perniagaan adalah pada umur 45 tahun. Selain itu,
usahawan Bumiputra lebih bergantung kepada agensi kerajaan dalam mendapatkan
sumber modal berbanding usahawan Cina yang mendapat kebanyakan sumber modal
mereka adalah daripada simpanan sendiri.
Md Mohar (2002) telah menjalankan kajian
terhadap pencapaian semasa program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan
di negeri Johor. Kajian ini mengutarakan model pembangunan keusahawanan yang
mampan dan menyeluruh dalam proses membina dan memantapkan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Johor. Mindset usahawan bumiputra
terbahagi kepada empat iaitu usahawan gerai, usahawan baru, usahawan ekspres
dan usahawan tulin. Menurut kajian ini, untuk menghasilkan mindset usahawan
tulin maka perlu diwujudkan struktur dan persekitaran keusahawanan dari
peringkat awal.
Scott dan Bruce (1987) dalam kajiannya telah
mengenalpasti lima peringkat pertumbuhan dalam perniagaan kecil yang mana
setiap peringkat mempunyai ciri-cirinya. Objektif kajian ini ialah membangunkan
pertumbuhan perniagaan kecil dengan menekankan faktor utama bagi setiap
peringkat pertumbuhan dan krisis yang dihadapi agar pengurus dapat merancang
masa hadapan syarikat dengan jayanya. Lima peringkat pertumbuhan dalam
perniagaan kecil adalah inception, survival, growth, expansion
dan maturity.
Menurut kajian Md Mohar,(2001)
menerangkan bahawa usahawan bumiputra lebih bergantung kepada agensi kerajaan
dalam mendapatkan sumber modal berbanding dengan usahawan cina yang menjalankan
perniagaan mereka dengan menggunakan modal simpanan sendiri.
Selain itu kajian dijalankan
oleh Md Mohar(2000);Rosli,(2002);Harper,(1996); Khaairuddin,(1996);
Nieuwenhuizen dan Kroon,(2001); Usahawan Sukses,(2000); dan Chow,W.S,(2000) yang menyatakan bahawa
bagi seseorang usahawan faktor kesanggupan hadapi risiko didalam perniagaan
adalah merupakan faktor terpenting apabila seseorang menceburi didalam dunia
perniagaan.
Dalam soal pembiayaan modal merupakan aspek
yang paling rumit dalam memulakan suatu perniagaan kecil (Ang, 1991; Ang,
1992). Cabaran untuk mendapatkan pembiayaan modal di kalangan perusahaan telah
banyak dibincangkan dan didokumenkan oleh beberapa penyelidik dan penulis
(Auken, 2002). Kekurangan pembiayaan merupakan punca utama sebuah perusahaan
kecil gagal. Tanpa pembiayaan yang mencukupi,seorang usahawan tidak mampu untuk
membeli dan menyenggara fasiliti seperti mengambil pekerja, menghasilkan,
memasarkan produk dan aktiviti-aktiviti operasi perniagaan yang hendak dijalankan.
(Megginson et al., 2000) .
Jika lihat dalam Teori Modigliani dan
Miller’s (1958) tentang struktur modal mengandaikan bahawa setiap perusahaan
mempunyai maklumat lengkap tentang pinjaman dan ekuiti yang boleh mereka
perolehi. Walau bagaiamanapun perusahaan kecil mempunyai pendedahan yang
berbeza terhadap maklumat pembiayaan jika dibandingkan dengan perusahaan besar.
Coleman and Cohn (2000) menekankan bahawa perusahaan kecil mempunyai pendedahan
yang terhad ke atas pasaran ekuiti dan pinjaman awam. Manakala perusahaan besar
boleh mengeluarkan saham atau bon untuk membiayai perniagaan mereka, perusahaan
kecil tidak berupaya berbuat demikian. Sebagai alternatif, perusahaan kecil
amat bergantung kepada kredit perdagangan (trade credit), pinjaman dari pihak
bank, dan sumber pembiayaan tak formal seperti simpanan sendiri, kad kredit dan
pinjaman dari keluarga dan kawan (Ang 1992; Ang et al., 1995; Bink and Ennew
1996).
Dapatan beberapa kajian tentang pembiayaan
perusahaan kecil menunjukkan bahawa bank merupakan sumber luar utama perusahaan
kecil untuk mendapatkan pembiayaan modal (Coleman, 2000). Kajian yang
dijalankan oleh National Foundation of women Business Owners pada 1996,
mendapati 48% perusahaan kecil mendapatkan sumber pembiayaan mereka dari bank-bank.
Ini bermakna teori struktur modal tradisional tidak boleh di aplikasikan di
kalangan perusahaan kecil (Coleman, 2002).
Hustedde and Pulver (1992) dalam kajian
mereka ke atas sekumpulan usahawan kecil yang telah berjaya dan juga yang tidak
berjaya untuk memperolehi pembiayaan modal mendapati kejayaan untuk mendapatkan
pembiayaan bersandar kepada cirri-ciri usahawan, ciri-ciri perusahaan dan
peringkat perniagaan, jenis industri dan lokasi. Manakala Hisrich and Brush
(1987) pula mendapati kekangan yang dialami oleh perusahaan kecil untuk
mendapatkan pembiayaan ialah cagaran yang dikenakan oleh institusi kewangan. Di
sinilah peranan yang mainkan oleh skim kredit mikro dalam memudahkan usahawan
kecil mendapat pembiayaan modal tanpa cagaran dan lain-lain syarat ketat.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Rosdi(2002) dan
Usahawan Sukses(2002) menerangkan bahawa setiap kejayaan usahawan termasuklah
mempunyai ketahanan mental yang tinggi atau jitu, dimana setiap usahawan tidak
takut kepada perubahan dan kegagalan serta menganggap ianya sebagai cabaran
didalam dunia perniagaan
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nieuwenhuizen
dan Kroon(,2001); Chow,W.S,(2000); Harper, (1996); Lambing,(2000); Rosli,(2002);
dan Nadzri,(2000) menyatakan bahawa seseorang usahawan itu kesanggupan
menghadapi risiko merupakan faktor yang penting dalam menceburi didalam dunia
perniagaan.
kajian
yang dijalankan oleh Walter Kuemmaerle (2002); Rosli(2002); Usahawan Sukses
(2002); Mustafa Haji Daud(1994); Wan
Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002); menyatakan bahawa tidak gentar
atau tidak takut menghadapi persaingan adalah merupakan faktor kejayaan bagi
setiap usahawan.
Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002);
menyatakan bahawa seseorang yang peka akan kepentingan ilmu, adalah mereka
mempunyai kemahiran dalam menggunakan segala sumber dan kepakaran daripada
orang lain. Mereka merupakan environmental
scanner yang cekap dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan informasi
daripada pelbagai rangkaian dan sumber.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Shari & Ahmad Mohd Yusof (1990), Pengantar Statistik Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Anuwar Ali et al. (1994) ‘Perubahan
Struktur Ekonomi Ke Arah Perindustrian’: Implikasinya Terhadap Sektor
Pertanian’, dalam Supian et al, Rancangan Malaysia Keenam, Priority Pengukuhan
Negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan
Ali (2002). Ekonomi Asas. Kedah:
Universiti Utara malaysia
Marroekonomi Malaysia perspektif Dasar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Samuel Bassey Okposin et al.(2003) Perubahan fasa Ekonomi Malaysia. Onn Mohd Jadi (terj) Kuala Lumpur:
utusan Publication dan Distributor Sdn Bhd
Zainal
Mat Saad (1985) Penghantar Statistik.
Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd
Moha Asri Hj Abdullah (1991), Pembangunan
Industri Kecil dan Sederhana,
Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Moha Asri (1995), Industri
Kecil di Malaysia: Kejayaan dan Masa Depan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Moha Asri, Juhary Ali dan Fauziah Idris (2000), Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur
Noor Alia Kassim (April/Mei 2002), Usahawan Sukses,
Pustaka Wira Sdn Bhd. Norlida Abdul Manab (1996), Pengukuran Prestasi: Kewangan dan Bukan Kewangan:
Ozcan, G. B. (1995), Small
Firm and Local Economic Development,
Avebury Ashgate Publishing Limited, London
Permodalan Nasional Berhad (1990), Budaya Keusahawanan,
Malaysia: Utusan Printing Corporation Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Khairuddin Khalil (1996), Keusahawanan
Sebagai Kerjaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Rudy As (April/Mei 2002). Usahawan Bumiputera, Usahawan Sukses,
Pustaka Wira Sdn Bhd.
Zuraidah Zainol et al.(2006) Modul
Statistik Pengurusan Permulaan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan- Panduan Mudah Kerja Luar, Fajar Bakti, Petaling Jaya
Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan- Panduan Mudah Kerja Luar, Fajar Bakti, Petaling Jaya
Usahawan Sukses (Januari 2002), Datuk Maznah Unggul Terajui Perniagaan, Pustaka Wira Sdn Bhd.
Usahawan Sukses (Januari 2002), Haji Mohammad Noor Ariff , Pasarkan Makanan Ringan
dari Timur Tengah Berkat Sabar dan Gigih,
Pustaka Wira Sdn Bhd.
Lambing, P dan Kuehl, C.R (2000), Enterprenuership,
Prentice Hall, New Jersey. Levin, R. I. dan Rubin, D. S. / Susila Munusamy,
Halimah Awang (2000), Statistik Untuk Pengurusan, Prentice Hall, Kuala Lumpur
Hosmer, L. T., Cooper, A. C. dan Vesper, K. H., (1993), Fungsi Keusahawanan, Teks dan Kes Bagi Firma Kecil, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Weber, M. (1917), The
Theory of Social and Economic Organization,
Scribers, New York
Carland, J dan Carland, J. A (1990), Small Business Management Tools For Success, Poos Kent Publishing Co.
Coleman, S. (2000). “Access To Capital And Terms Of Credit: A
Comparison Of Men- And Women-Owned Small Businesses”, Journal of Small Business
Management, Milwaukee, (July): 37-52.
Diamantopoulos, A. dan Schlegelmilch, B. B (1997), Taking the Fear Out of Data Analysis - A Step-by-Step
Approach, The Dryden Press, London
Gaedeke, R. M. dan Tootelian, D. H. (1991), Small Business Management, Allyn and Bacon, New York
Guilford, J. P (1956), Fundamental
of Statistic in Psychology and Education,
McGraw Hill, New York
Harper, D.A (1996), Enterprenuership
and the Market Process, Routhledge,
London Hatten, T.S (1997), Small
Business Entrepreneurship and Beyond,
Prentice Hall, New Jersey
Hills, G. E. and Narayanan, C. L. (1988), Profile Characteristics, Success Factors and Marketing
in Highly Successful Firms. University of
Illinois Press
Hisrich, R.D., Brush, C.G. (1987), Women entrepreneurs: a
longitudinal study, in Churchhill, N.C., Hornaday, J.A., Kirchhoff, B.A.,.
Krasner, O.J., Vesper, K.H. (Eds),Frontiers
of Entrepreneurship Research,
Babson College, Wellesley, MA, pp.187-9.
Hustedde, R. and Pulver, G., (1992), Factors Affecting Equity
Capital Acquisition: the Demand Side, Journal
of Business Venturing, 7(5), pp. 363–374.
Kao, J. J (1989), Enterpreneurship,
Creativity & Organization-Text,Cases,and Readings, Prentice Hall, New Jersey.
Kuemmerle, W. (2002), The Enterpreneur- A Test For The
Fainthearted. Harvard Business Review, May 2002, Siebel Systems, Harvard Business School.
Kuratko, D. F., Hodgetts, R. M. (2001), Entrepreneurship a Contemporary Approach, Harcourt
Long, W. (1983), The Meaning of Entrepreneurship, American Journal of Small Business, Vol 2 ; 47-56.
Malaysia (1975), Industrial
Surveys, Jabatan Perangkaan Kuala Lumpur.
Malaysia (2000b), Bumiputera,
A Ministry of International Trade and
Industry Malaysia, No.4/2000 ISSN 1511-6603, MITI Publication
Megginson, W. L., Byrd, M. J., Megginson, L. C., 2000, Small
Business Management: An Entrepreneurs’s Guidebook, McGraw-Hill, Boston
Modigliani, F. and Miller, M.H. (1958), The Cost Of Capital,
Corporation Finance and Theory Of Investment, The
American Economic Review, 48(3), 261-297.
Schumpeter, J. (1934), Business
Cycles: A Theoretical, History And Statistical Analysis Of The Capitalist
Process, New York: McGraw Hill.
Scott, M. dan Bruce, R. (1987), Five Stages of Growth in Small
Business, Long Range Planning, Vol. 20 (3); 45-52.
Timmons, J. A., Spinelli, S. (2000), New Venture Creation, Entrepreneurship for the 21st
Century, McGraw-Hill, Irwin, Boston
Uma Sekaran (1992), Research
Methods For Business - A Skill- Building Approach. 2nd Edition, John Wiley and Sons, Inc, New York.
JURNAL
Chamhuri
Siwar et.al (1988) ‘Prestasi Ekonomi 1988 dan Belanjawan 1989’ Jurnal Ekonomi Malaysia. Jld
18.hh.107-127
Ang, J. (1992), On the Theory of Finance for Privately Held
Firms, Journal of Small Business Finance, 1, 185-203.
Ang, J. (1991), Small Business Uniqueness and the Theory of
Financial Management, Journal of Small Business Finance, 1, 3-13.
Ang, James S., James Wuh Lin, and Floyd Tyler (1995), Evidence
On the Lack of Separation between Business and Personal Risks Among Small
Businesses, The Journal of Small Business
Finance, 4 (2/3), 197-210.
Auken, H.V., (2000). “A Model Of Community-Based Venture Capital
Formation To Fund Early-Stage Technology-Based Firms”, Journal of Small
Business Management, Milwaukee (October): 287-301
Coleman S. (2002). Constraints Faced By Women Small Business
Owners: Evidence from the Data, Journal
of Developmental Entrepreneurship;
Norfolk (August): 151- 174.
Coleman, S., and Cohn, R. (2000), Small Firms’ Use of Financial
Leverage: Evidence from the 1993 National Survey of Small Business Finances, Journal of Business and Entrepreneurship, 12(3), 81-98.
Collins, J. (2002), Chinese Entrepreneurs – The Chinese Diaspora
in Australia, International Journal of
Entrepreneurial Behaviour & Research. Vol.
8 (1/2); 113- 133.
Hustedde, R. and Pulver, G., (1992), Factors Affecting Equity
Capital Acquisition: the Demand Side, Journal
of Business Venturing, 7(5), pp. 363–374.
Al-Salleh Subhi
(Dr.) (1983). Sistem Ekonomi Dan Kewangan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Al-
Rahmaniah.
Asy-Sharkoni
Mukhlas (Ustaz) (1999). Apa Kata Islam Tentang Wanita, Harta Dan Takhta.
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Barjoyai Bardai
(2000). Keusahawanan Dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Farahwahida Mohd
Yusof (2005). Keberkesanan Pelaksanaan Fatwa Dalam Menangani Aliran- Aliran
Kepercayaan Di Malaysia: Kajian Kes Terhadap Al-Arqam Dan Ahmadiyah Qadiani.
Universiti Malaya: Ijazah Doktor Falsafah.
Faridah Mohd.
Ariff (2002). Kajian kecenderungan mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan
Teknologi (SHT) terhadap bidang keusahawanan. Universiti Teknologi
Malaysia: Projek Sarjana Muda.
H. Hamzah Ya’qub
(Dr.) (1984). Kod Etika Dagang Menurut Islam. Bandung: c.v. Diponegoro.
H. Zainal Abidin (1979). Dasar-dasar Ekonomi Islam. Jakarta: Bulan
Bintang.
Joni Tamkin bin
Borhan (2005). Wanita Dan Perniagaan Menurut Perspektif Islam.
Proceedings
The Future And
Challenges In Shaping The Ummah (SEWANI 2005)Seminar Keusahawanan Islam
Peringkat kebangsaan (2005).
Khaairuddin
Khalil (1996). Keusahawanan Sebagai Kerjaya. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka..
Mahsin Haji
Mansor (Haji) (1984). Undang-Undang Perdagangan Dalam Islam. Kuala
Lumpur: Penerbitan Alharamain (M) Sdn. Bhd.